Tuesday, April 8, 2008

Sejarah Jenama Louis Vuitton(LV)

Kenapa ya terlalu ramai benar yang menyandang bangga beg Louis Vuitton? Siti Nurhaliza penyanyi tersohor negara memilih beg jenama itu untuk dipamerkan di atas dulang hantaran. Paris Hilton pewaris rangkaian Hotel Hilton seluruh dunia juga seringkali membimbit beg jenis tote berlambang LV ke majlis-majlis gala glamor. Louis Vuitton nyata menjadi jenama yang teramat sinonim dengan kehidupan glamor selebriti. Ianya juga dinobatkan sebagai jenama paling “ngetop” pilihan para VIP dan hartawan.Wanita-wanita biasa hanya mampu bermimpi di siang hari untuk memiliki beg LV. Jenamanya eksklusif. Harganya pula?? Bisa membuat anda yang sihat sejahtera diserang penyakit jantung! Mahal sungguh!Ironinya, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pada permulaan era beg LV, pengasasnya hanya memfokuskan kepada pembuatan bagasi pakaian sahaja. Bukannya tas tangan!Jenama terkenal Louis Vuitton mengambil nama sempena nama pengasasnya, Louis Vuitton. Beliau seorang warga kelahiran Perancis. Vuitton mula menjadi anak murid Monsieur Marechal seawal umurnya 13 tahun. Dalam usia setaraf minda pelajar tingkatan 1, Vuitton tekun mempelajari cara dan teknik membuat bagasi pakaian.Kesungguhannya mula membuahkan hasil bilamana Vuitton berjaya membuka kedai bagasinya yang pertama di Paris, tahun 1854. Rekaan bagasinya mendapat sambutan hangat seperti pisang panas sehinggakan Ratu Perancis ketika itu bernama Empress Eugénie juga menjadi pelanggan setia kedai Vuitton!Atas permintaan yang semakin memberangsangkan, Vuitton mula membuka kilang bagasinya sendiri pada tahun 1860. Vuitton semakin berani mengorak langkah dan membuka cawangan luar negaranya yang pertama di London.
Sejak itu LV mula dikenali sebagai jenama antarabangsa. Setelah 38 tahun berusaha membina nama dan empayar, Vuitton meninggal dunia ketika usianya 71 tahun. Empayar perniagaan kemudian diambil-alih oleh anaknya, Georges Vuitton.Sejurus selepas kematian Louis Vuitton, Georges mula memperkenalkan koleksi beg tangan jenama LV.Kini setelah 100 tahun berlalu, jenama LV masih gah di seluruh dunia. 100 tahun berlalu, nama LV semakin kukuh menjadi obsesi wanita hari ini. Termasuklah saya!

No comments: