Tuesday, April 8, 2008

Sejarah Jenama Louis Vuitton(LV)

Kenapa ya terlalu ramai benar yang menyandang bangga beg Louis Vuitton? Siti Nurhaliza penyanyi tersohor negara memilih beg jenama itu untuk dipamerkan di atas dulang hantaran. Paris Hilton pewaris rangkaian Hotel Hilton seluruh dunia juga seringkali membimbit beg jenis tote berlambang LV ke majlis-majlis gala glamor. Louis Vuitton nyata menjadi jenama yang teramat sinonim dengan kehidupan glamor selebriti. Ianya juga dinobatkan sebagai jenama paling “ngetop” pilihan para VIP dan hartawan.Wanita-wanita biasa hanya mampu bermimpi di siang hari untuk memiliki beg LV. Jenamanya eksklusif. Harganya pula?? Bisa membuat anda yang sihat sejahtera diserang penyakit jantung! Mahal sungguh!Ironinya, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pada permulaan era beg LV, pengasasnya hanya memfokuskan kepada pembuatan bagasi pakaian sahaja. Bukannya tas tangan!Jenama terkenal Louis Vuitton mengambil nama sempena nama pengasasnya, Louis Vuitton. Beliau seorang warga kelahiran Perancis. Vuitton mula menjadi anak murid Monsieur Marechal seawal umurnya 13 tahun. Dalam usia setaraf minda pelajar tingkatan 1, Vuitton tekun mempelajari cara dan teknik membuat bagasi pakaian.Kesungguhannya mula membuahkan hasil bilamana Vuitton berjaya membuka kedai bagasinya yang pertama di Paris, tahun 1854. Rekaan bagasinya mendapat sambutan hangat seperti pisang panas sehinggakan Ratu Perancis ketika itu bernama Empress Eugénie juga menjadi pelanggan setia kedai Vuitton!Atas permintaan yang semakin memberangsangkan, Vuitton mula membuka kilang bagasinya sendiri pada tahun 1860. Vuitton semakin berani mengorak langkah dan membuka cawangan luar negaranya yang pertama di London.
Sejak itu LV mula dikenali sebagai jenama antarabangsa. Setelah 38 tahun berusaha membina nama dan empayar, Vuitton meninggal dunia ketika usianya 71 tahun. Empayar perniagaan kemudian diambil-alih oleh anaknya, Georges Vuitton.Sejurus selepas kematian Louis Vuitton, Georges mula memperkenalkan koleksi beg tangan jenama LV.Kini setelah 100 tahun berlalu, jenama LV masih gah di seluruh dunia. 100 tahun berlalu, nama LV semakin kukuh menjadi obsesi wanita hari ini. Termasuklah saya!

Sejarah Jenama Guess..

Sekali pandang, ianya lambang tanda soal. Dua kali pandang, ia adalah lambang jenama terkenal GUESS?. Anda suka jenama GUESS? Secara peribadi, saya teramat suka!! Sudah lima beg jenama GUESS? di dalam koleksi peribadi dan saya susah benar mahu berpaling kepada jenama lain.Terima kasih kepada empat beradik iaitu Georges, Paul, Armand dan Maurice Marciano kerana merekalah yang bertanggungjawab menjadi pelopor kepada jenama ini. Tidak seperti jenama LV yang sudah 100 tahun bertapak dalam dunia fesyen, GUESS? memulakan langkahnya pada tahun 1981. Namun usia semuda 23 tahun tidak membantutkan orakan langkah syarikat ini.GUESS? mensasarkan target pasarannya kepada golongan pertengahan. Harganya tidak semahal LV atau PRADA, tetapi kualiti serta rekaannya memang memukau. Memulakan pemasaran pada tahun 1981 dengan 24 pasang seluar jeans yang diberi nama “Marilyn”, ianya telah sold out dalam sekelip mata! Tidak hairanlah bilamana GUESS? dinobat sebagai syarikat No. 1 dalam pembuatan seluar jeans era 80-an!Sejak itu GUESS? mula menempa nama dalam dunia fesyen. Walaupun ditimpa kontroversi negatif pada sekitar tahun 90-an melibatkan kesatuan pekerjanya, pihak pengurusan cuba bertahan dan menyelesaikannya secara profesional. Pasaran GUESS? juga terpaksa bersaing hebat dengan jenana-jenama baru seperti DIESEL, CALVIN KLEIN dan GAP. Era 90-an boleh dianggap sebagai zaman kegelapan bagi GUESS?Namun, menjelang era 2000, GUESS? bangkit kembali. Mereka mula memperkenalkan pakaian kanak-kanak dibawah label GUESS? Kids. Tahun 2005 pula menyaksikan pelancaran deretan haruman GUESS?. Tahun 2005 turut memperlihatkan koleksi tas tangan GUESS by Marciano yang menampilkan gaya vintage dengan suntikan hobo. Paris Hilton juga telah dilantik sebagai model produk itu dan GUESS telah mencipta tas tangan edisi istimewa untuk Paris Hilton (jelesnya saya!) dikenali sebagai Paris Hilton Handbags.Kini GUESS? menjadi jenama pilihan ramai anak remaja kerana harganya yang berpatutan serta rekaannya yang menawan. Saya sudah lama terpikat, bagaimana dengan anda??

Sejarah Jenama..

~ Paris Hilton ~

Anak pewaris rangkaian Hotel Hilton ini teramatlah obses dengan haruman ciptaannya sendiri. Kalau boleh Paris memang mahu mengalahkan Jennifer Lopez dan Britney Spears yang terlebih dahulu memperkenalkan rangkaian jenama wangian mereka. Paris amat gemar wangian ciptaannya yang diberi nama Paris Hilton dan Just Me. Nampaknya Paris Hilton yang kaya-raya itu akan semakin melimpah-ruah kemewahannya kerana menurut statistik, wangian Paris Hilton amat digemari remaja diluar sana!

Sunday, April 6, 2008

Kawan Baik Saye..

hai..

nak tau x sape kwn baik najwa?

1. nurlisa emilia binti yuzmi

SYE DAH BLI BUKU AKU MAHU BULI..

hai korang!
najwa kembali lagi!
kali nie najwa akan memberi tahu kepada sume orang..
yang najwa dah bli buku aku mahu buli!(kecohlah pulak)
tu jer lah..........


Wasalam,
NajwaIzzti

Cerita Sikit:Sarah Dan Anting-anting

Sarah kembali lagi. Kalau dulu dia terlalu obses dengan kasut tumit tingginya. Tapi kali ini dia obses dengan anting-anting pula. Apa agaknya cerita Sarah kali ni....
“Sedia? Tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Bertenang....” Jururawat itu melebarkan senyumannya sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih melepak seputih pakaian seragamnya.
Tiba-tiba dia ketawa kecil dan semakin kuat ketawanya sehingga Sarah dapat melihat dengan jelas anak tekaknya. Jururawat itu terus ketawa sambil memegang cuping telinga Sarah. “Kali ini saya tindikkan cuping telingan kamu ini lebih besar dan lebih luas dari sebelumnya. Fesyen apa pun kamu boleh pakai. Jenis sangkut, jenis cucuk ataupun jenis gantung.”
Kata-katanya diikuti dengan gelak tawa yang berdekah-dekah. Matanya membulat merenung cuping telinga Sarah. Gerun Sarah mula di luar kawalan. Dia tidak mahu ditindik begitu!

NovelComel:Cinderella Di Aidilfitri

PERSIAPAN HARI RAYA

Baju kebaya tiga pasang √
Selendang untuk ke kubur dan masjid √
Beg tangan baru √
Kasut baru yang sangat cantik lagi vogue √

Dia tersenyum sampai nampak gusi bila sahaja melihat senarai persiapan hari raya semuanya serba sempurna. Baju-baju kebaya sudah siap digantung dalam almari. Selendang warna putih berlabuci itu pula boleh dipadankan dengan warna ketiga-tiga baju kebaya. Tapi itu semua tidak sehebat merenung lama kasut raya tahun ini. Kasut yang diperolehi dengan berkat usaha memujuk semanis mulut serta merayu sepenuh jiwa. Hampir satu bulan dia menabur kata-kata pujuk rayu. Segala penat lelah berjaya juga bilamana kasut idaman jenama GUESS by Marciano sudah sah jadi miliknya! Nanti bolehlah dia berbangga-bangga sampai kembang-kembang hidung depan ahli The Wannababes yang lain! Ah! Seronoknya raya kali ini!@@@@Diana merenung lama ke arah wajah ibunya, Puan Suraya. Mata pantang selang lima saat, akan menjeling tajam barang sekali dua. Tak cukup dengan itu, mulutnya muncung boleh disimpul jadi riben hadiah krismas. Wajah Diana benar-benar menunjukkan riak tak puas hati lagi memendam rasa sakit hati! “Mama…. adik tak mahu ikut!” Buat kali ke-dua puluh tujuh dia menyuarakan protes hatinya.Puan Suraya yang sedang membetul-betulkan selendang di hadapan cermin jadi terkaku seketika. Dia menjeling Diana daripada biasan imej cermin tersebut. “Adik jangan nak mengade-ngade! Mama kata ikut, ikut sajalah!”“Adik tetap tak mahu ikut. Petang ni ada siaran langsung konsert raya Akademi Fantasia! Please mama!” Diana mencuba nasib lagi memujuk. Diana memang sudah hafal benar dengan semua senarai rancangan program TV sempena raya tahun ini. Pukul 2.00 petang ada Chit Chat Istimewa Raya Azwan Ali. Itu salah satu rancangan kegemaran Diana. Pukul 4.00 petang pula ada konsert reunion khas Akademi Fantsasia. Semua pelajar dari musim pertama hingga musim kelima akan beraksi. Diana betul-betul tak mahu ketinggalan mellihat keletah Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan Mila. Semua johan pertandingan Akademi Fantasia dari musim pertama hingga musim ke lima akan beraksi. Lebih menggamatkan suasana, pengacara kekal AF iaitu Aznil Hj. Nawawi juga tak mahu kalah. Aznil sudah mengumumkan mahu menyanyikan dua lagu raya! Mesti ketawa tak kering gusi melihat telatah Aznil!Tetapi dalam banyak-banyak, Diana amat ternanti-nanti kemunculan Dafi yang sangat cute-mute. Diana memang gilakan Dafi sejak bermulanya musim kelima Akademi Fantasia. Malah Diana sering mengingatkan rakan-rakan The Wannababes yang lain supaya memanggilnya dengan nama gelaran baru iaitu ‘DiFi’ (gabungan nama Diana-Dafi). Menggedik sungguh! Diana juga mati-mati tak mahu dipanggil dengan gelaran biasanya iaitu ‘Di’ seperti kelaziman. Begitulah kroniknya minat dan angau Diana terhadap Dafi!Diana memang terlalu tertunggu-tunggu siaran khas ASTRO kali ini. Mulanya ingatkan dia dapat menonton dengan tenang kerana sejak mula takbir raya sampai ke tengahari, Diana akur dengan semua rencana aktiviti beraya bersama keluarga. Tetapi Diana bagai terkena serangan sakit jantung bila Puan Suraya membuat pengumuman mahu menyambung lagi lawatan beraya di rumah datuk dan nenek saudara pula pada sesi petang!“Adik….dengar cakap mama. Raya cuma setahun sekali. Inilah masanya nak melawat saudara-mara kita.” “Tapi mama…. konsert reunion AF pun setahun sekali!” Bibir Diana kelihatan setiap saat makin muncung ke hadapan...........

NovelComel:Rahsia Linda

Sesi persekolah bermula lagi!Isnin itu ramai yang menguap-nguap. Wajah seorang-seorang pelajar Sekolah Menengah Sri Bangsar monyok macam cekodok basi. Tak bermaya langsung! Inilah penangan cuti pertengahan penggal selama tiga minggu. Tiga minggu boleh bangun lambat sesuka hati. Tiga minggu dapat menonton TV pada kekerapan sepenuh masa. Tiga minggu juga dapat merewang ke sana-sini sampai tak cukup jalan. Sesungguhnya tiga minggu itu memang penuh keseronokan!Tapi pagi itu pagi Isnin dan bermulalah semula penggal persekolahan. Setelah lama diberi cuti tanpa belajar, kini para pelajar perlu ke sekolah semula. Lebih terasa terseksa bilamana perlu menatap kembali jambul terlebih kembang cikgu disiplin Sekolah Menengah Sri Bangsar iaitu Cikgu Amnah. Terpaksa juga menelaah kembali buku-buku teks setinggi KLCC. Minda juga kembali terdera menghadapi kelas-kelas matematik Cikgu Haizi yang garang dan boleh meletup bila-bila masa sahaja…. macam belerang!Dalam lautan wajah-wajah monyok itu, terselit juga ketawa riang ria. Siapa lagi jika bukan ketawa gedik terlebih dos ahli-ahli The Wannababes! Tujuh sekawan itu seronok benar berkongsi cerita. Tiga minggu berjauhan, sudah terlalu banyak perkembangan gosip yang ketinggalan. Masing-masing teruja mahu bercerita tentang percutian mereka.“Fasha, awak pergi bercuti ke mana kali ni?” Shasha dengan penuh hormat memberi laluan kepada ketua The Wannababes iaitu Fasharina bt Tan Sri Hisham membuka cerita.“This holiday I went to Europe. Tengoklah apa yang saya beli di London.” Fasha dengan penuh gaya mengeluarkan beg duit baru. Tersenyum riang menayang-nayangkan kehebatannya.“Wow! Ini beg Louis Vuitton!” Shasha orang pertama yang menyambar beg itu. Gelojoh betul dia mahu melihat sendiri beg jenama terkenal seluruh dunia itu.“Hati-hati pegang beg saya. Jangan sampai rosak. Harganya sahaja 400 Pound.” Fasha mengerling bimbang. Sempat juga dia memberi peringatan takut-takut beg mahal itu rosak apabila direbut-rebut oleh kawan-kawan rapatnya.“400 Pound? Mmh…tukar matawang Malaysia berapa harganya?” Linda sedikit malu mahu bertanya. Risau juga jika ada yang menuduhnya tidak ikut perkembangan semasa. Nilai pertukaran mata wang dunia pun tak tahu!“Tukar mata wang Malaysia, darabkan tujuh.” Fasha dengan wajah berlagak memberitahu.“400 Pound didarab dengan tujuh. Wah! Harganya RM2800. Mahalnya beg ni!” Diana melopong terkejut.“Mestilah mahal. It’s a special edition.” Dengan megah Fasha mewar-warkan kepada semua. Senyumannya angkuh yang amat. Hidung mancungnya kembang-kembang kuncup kerana terlalu bangga.Enam lagi ahli The Wannababes ternganga besar. Beg duit sekecil itu mampu mencapai harga RM2800. Mahal betul! Jika dilihat, reka bentuk beg itu biasa-biasa saja. Taklah menarik sangat. Namun kerana jenama yang tertera pada label adalah jenama eksklusif Louis Vuitton yang terkenal gah seluruh dunia, maka harganya jadi mahal melambung, hingga tak logik langsung!Hebat betul Fasha bila dia mampu membeli beg berjenama terkenal yang hanya dipakai oleh para selebriti dan mereka-mereka yang bertaraf VIP seperti Dato’ Siti Nurhaliza. Tidak bersesuaian langsung dengan taraf seorang pelajar tingkatan 5! “Saya baru nak tunjuk beg duit yang saya beli di Singapura. Nampaknya saya kalah dengan awak.” Wajah Sazzy menunjukkan riak sedikit kecewa. “Beg jenis apa yang awak beli?” Fazura laju ingin tahu.Sazzy lambat-lambat mengeluarkan beg duit dari poket bajunya pula. Beg duit Sazzy berjenama ESPRIT, jenama yang makin diminati ramai semenjak pelancaran koleksi terbaru gaya bohemian chic. “Cantik juga beg awak ni. Pandai awak pilih.” Fasha membelek-belek beg Sazzy. Beg itu bersaiz sedikit besar, tetapi nampak sangat trendi kerana logo huruf E yang membawa maksud ESPRIT itu ditatahkan kemas dengan batu-batu permata berlian berwarna biru firus. Kelihatan amat stylo sekali!“Tapi taklah sehebat beg Louis Vuitton ni. Beg ini entah-entah sama dengan beg yang Dato’ Siti Nurhaliza pakai!” Wajah Sazzy kembali bertukar ceria. Seronok bila Fasha yang memiliki citarasa tinggi itu sudi juga memuji beg GUESS miliknya.“Yalah. Dato’ Siti Nurhaliza peminat jenama LV. Pergi mana-mana, LV juga yang dibimbitnya.” Linda yang kuat menghafal gosip artis cepat-cepat memberitahu.“Siapa lagi yang ada beg atau benda-benda baru nak ditunjuk-tunjuk?” Nana dengan wajah penyibuk ingin benar tahu apa lagi barang-barang terbaru yang mampu digayakan ahli The Wannababes yang lain. “Tengoklah jam baru saya!” Diana laju menghulur jam barunya bagi tontonan umum. Berebut-rebut rakan-rakan lain memeriksa jam tangan terbaru Diana yang berbentuk unik seakan gelang itu. Jam tersebut berjenama ESPRIT.“Saya pula beli cincin baru. Jenama TOUS.” Nana tersenyum bangga sambil mempamerkan jarinya yang tersarung cincin moden berbentuk beruang. Setelah mengerumuni jam tangan Diana, ahli-ahli The Wannababes bertukar arah mengerumuni jari Nana pula. “Diana beli jam baru. Nana pula beli cincin baru. Awak pula beli apa, Linda?” Fasha mengalihkan pandangan ke arah salah seorang ahli The Wannababes iaitu Siti NurLinda bt Ratfar. Wajahnya manis seiras pelakon terkenal Linda Rafar!Linda senyap seketika. Matanya memandang ke arah enam ahli The Wannababes yang sedang merenungnya. “Mmh…. saya beli stoking baru. Jenama NIKE!” Linda menyelak sedikit kain biru uniform sekolah demi mempamerkan stoking barunya.Semua ahili The Wannababes tergelak besar! Punyalah nak menunjuk, sampai stoking pun dipamerkan-pamerkan pada semua!

Cerita Sikit:Aku Mahu Popular

Farah dan Ina sudah bosan duduk di dalam golongan hierarki terendah di sekolah mereka! Bosan kerana tidak dikenali, bosan kerana tidak dipandang dan paling utama bosan bila tidak diminati oleh mana-mana pelajar lelaki! Mereka mahu sepopular ahli kumpulan The Wannababes iaitu Fasha, Shasha, Sazzy, Nana, Fazura, Linda dan Diana! Farah dan Ina bertekad dan berazam mahu menjadi popular dengan apa cara sekalipun! Adakah rancangan mereka akan berjaya? Ikuti segalanya dalam “Aku Mahu Popular!"
~OMG! Novel pertama akhirnya selamat juga dilahirkan! Sakit betul urat-urat otak dan sistem imunisasi juga turut terjejas dalam usaha menyiapkan manuskrip yang satu ini. Tapi Alhamdulillah.....6hb November 2006 ni dah keluar kedai buku! Harganya?? RM14.50. Oklah, kan? Lebih murah daripada sebatang lipstick Maybelline. Kurang sikit harganya berbanding maskara SILKY GIRL. Juga teramat murah jika dibandingkan dengan bedak padat MAC. Jadi kesimpulannya, beli jangan tak beli tau!~

Cerita Sikit:Aku Mahu Saiz S

~Edrina merenung lama ke arah cermin besar di biliknya. Naik juling mata menatap imej yang terbias. Pandangannya 100% tertumpu kepada segenap perincian wajah miliknya.
~Bentuk mata yang sepet ala-ala Puteri Hang Li Po~
~Hidung yang mancung persis Ashwarya Rai~
~Kulit muka yang putih licin tidak berjerawat seumpama kulit Deanna Yusof~
~Rambut lurus yang hitam berkilat. Ada harapan kalahkan Ella Ratu Rock Malaysia!
~Riak wajah juga manis kerana diseri dengan tahi lalat bawah bibir. Betul-betul seperti Siti Nurhaliza!~

Seribu kesyukuran terucap di hati. Teringat akan nasib sepupunya, Fazila yang punya masalah kulit yang maha serius. Muka sepupunya jenis berminyak yang kalau diperah boleh dapat sebotol 1.5 liter minyak masak Sri Murni! Sudahlah begitu, mukanya juga penuh dengan pelbagai jenis baka jerawat! Ada yang jenis bernanah, ada jerawat pasir dan sebulan sekali jerawat batu akan memunculkan diri.Puaslah sepupunya mencuba hampir kesemua jenis produk penjagaan muka yang wujud di Watson, Guardian mahupun PharmaCare. Namun jerawat-jerawat yang tumbuh seperti tidak pernah mahu pupus. Malah kumpulan jerawat itu kelihatan semakin sihat dan membiak dengan banyaknya membentuk koloni tersendiri! Menakutkan sungguh!Lama Edrina membelek wajah kurniaan Ilahi. Beberapa saat kemudian, anak matanya mula mencerun ke bawah. Meneliti satu persatu kondisi tubuhnya pula.Dua kaki miliknya itu sekali pandang macam dua batang kayu balak di hutan simpan Pahang!Bahagian pinggangnya…. Eh! Dia tak ada pinggang langsung! Tak ada bentuk badan! Bukan ramping seperti kerengga tetapi straight cut seperti kotak!Edrina merenung sayu pula kepada bahagian perutnya. Bahagian badan yang menghadapi masalah paling kronik. Perut anak daranya itu seolah-olah kembung mengandung 4 bulan! Boyot dan lembik berlemak!Kenapa tubuhnya begini? Kenapa dia bersaiz XL? Kenapa bukan S? Kenapa? Kenapa? KENAPA???Satu keluhan berat dilepaskan. Cermin itu tidak pandai menipu. Cermin itu menunjukkan realiti sebenar susuk tubuhnya. Itulah rupa sebenar dirinya. Edrina seringkali mempertikaikan. Kenapa takdir tidak menentukan badannya sekurus Paris Hilton? Kenapa dia tidak memiliki tubuh selangsing Erra Fazira?Argh!! Edrina terasa mahu menjerit sekuat hati bila sahaja memandang ke arah cermin tersebut. Cermin yang menunjukkan tubuh berlemaknya. Tubuh gemuknya!Lambat-lambat Edrina melangkah menjauhi cermin besar itu. Badannya dihempas kuat ke atas katil. Mujur juga katil kayu berwarna merah jambu yang dibeli di IKEA itu kukuh untuk menampung berat sebanyak 81.3kg. Matanya merenung siling. Mata yang sama juga mula mengeluarkan titisan demi titisan air mata kekecewaan…..~

No tepon AinMaisarah..

no tepon kak ain maisarah:

014-2677181


Wasalam,
NajwaIzzati

Aku Mahu Popular!

Farah dan Ina merupakan budak yang perasan dan teringin nak jadi popular se-popular The Wannababes! The Wannababes juga merupakan kumpulan yang berpengaruh di Sekolah Menengah Sri Bangsar...

kalau nak tahu yang selanjutnya,silalah baca kat ainmaisarah.com..

Jom Belajar Sains..

Aku Mahu Berkenalan!

hai...
sye najwa...
umo sye 12..
sape nak berkenalan ngan sye silelah hantar komen ok..
sye tinggal di car junk.......
idola sye nabi muhammad S.A.W..
sye suke sume buku ainmaisarah....
tu jer lah...



Salam,
NajwaIzzati