Sunday, April 6, 2008

Cerita Sikit:Aku Mahu Saiz S

~Edrina merenung lama ke arah cermin besar di biliknya. Naik juling mata menatap imej yang terbias. Pandangannya 100% tertumpu kepada segenap perincian wajah miliknya.
~Bentuk mata yang sepet ala-ala Puteri Hang Li Po~
~Hidung yang mancung persis Ashwarya Rai~
~Kulit muka yang putih licin tidak berjerawat seumpama kulit Deanna Yusof~
~Rambut lurus yang hitam berkilat. Ada harapan kalahkan Ella Ratu Rock Malaysia!
~Riak wajah juga manis kerana diseri dengan tahi lalat bawah bibir. Betul-betul seperti Siti Nurhaliza!~

Seribu kesyukuran terucap di hati. Teringat akan nasib sepupunya, Fazila yang punya masalah kulit yang maha serius. Muka sepupunya jenis berminyak yang kalau diperah boleh dapat sebotol 1.5 liter minyak masak Sri Murni! Sudahlah begitu, mukanya juga penuh dengan pelbagai jenis baka jerawat! Ada yang jenis bernanah, ada jerawat pasir dan sebulan sekali jerawat batu akan memunculkan diri.Puaslah sepupunya mencuba hampir kesemua jenis produk penjagaan muka yang wujud di Watson, Guardian mahupun PharmaCare. Namun jerawat-jerawat yang tumbuh seperti tidak pernah mahu pupus. Malah kumpulan jerawat itu kelihatan semakin sihat dan membiak dengan banyaknya membentuk koloni tersendiri! Menakutkan sungguh!Lama Edrina membelek wajah kurniaan Ilahi. Beberapa saat kemudian, anak matanya mula mencerun ke bawah. Meneliti satu persatu kondisi tubuhnya pula.Dua kaki miliknya itu sekali pandang macam dua batang kayu balak di hutan simpan Pahang!Bahagian pinggangnya…. Eh! Dia tak ada pinggang langsung! Tak ada bentuk badan! Bukan ramping seperti kerengga tetapi straight cut seperti kotak!Edrina merenung sayu pula kepada bahagian perutnya. Bahagian badan yang menghadapi masalah paling kronik. Perut anak daranya itu seolah-olah kembung mengandung 4 bulan! Boyot dan lembik berlemak!Kenapa tubuhnya begini? Kenapa dia bersaiz XL? Kenapa bukan S? Kenapa? Kenapa? KENAPA???Satu keluhan berat dilepaskan. Cermin itu tidak pandai menipu. Cermin itu menunjukkan realiti sebenar susuk tubuhnya. Itulah rupa sebenar dirinya. Edrina seringkali mempertikaikan. Kenapa takdir tidak menentukan badannya sekurus Paris Hilton? Kenapa dia tidak memiliki tubuh selangsing Erra Fazira?Argh!! Edrina terasa mahu menjerit sekuat hati bila sahaja memandang ke arah cermin tersebut. Cermin yang menunjukkan tubuh berlemaknya. Tubuh gemuknya!Lambat-lambat Edrina melangkah menjauhi cermin besar itu. Badannya dihempas kuat ke atas katil. Mujur juga katil kayu berwarna merah jambu yang dibeli di IKEA itu kukuh untuk menampung berat sebanyak 81.3kg. Matanya merenung siling. Mata yang sama juga mula mengeluarkan titisan demi titisan air mata kekecewaan…..~

No comments: