Tuesday, April 8, 2008

Sejarah Jenama Guess..

Sekali pandang, ianya lambang tanda soal. Dua kali pandang, ia adalah lambang jenama terkenal GUESS?. Anda suka jenama GUESS? Secara peribadi, saya teramat suka!! Sudah lima beg jenama GUESS? di dalam koleksi peribadi dan saya susah benar mahu berpaling kepada jenama lain.Terima kasih kepada empat beradik iaitu Georges, Paul, Armand dan Maurice Marciano kerana merekalah yang bertanggungjawab menjadi pelopor kepada jenama ini. Tidak seperti jenama LV yang sudah 100 tahun bertapak dalam dunia fesyen, GUESS? memulakan langkahnya pada tahun 1981. Namun usia semuda 23 tahun tidak membantutkan orakan langkah syarikat ini.GUESS? mensasarkan target pasarannya kepada golongan pertengahan. Harganya tidak semahal LV atau PRADA, tetapi kualiti serta rekaannya memang memukau. Memulakan pemasaran pada tahun 1981 dengan 24 pasang seluar jeans yang diberi nama “Marilyn”, ianya telah sold out dalam sekelip mata! Tidak hairanlah bilamana GUESS? dinobat sebagai syarikat No. 1 dalam pembuatan seluar jeans era 80-an!Sejak itu GUESS? mula menempa nama dalam dunia fesyen. Walaupun ditimpa kontroversi negatif pada sekitar tahun 90-an melibatkan kesatuan pekerjanya, pihak pengurusan cuba bertahan dan menyelesaikannya secara profesional. Pasaran GUESS? juga terpaksa bersaing hebat dengan jenana-jenama baru seperti DIESEL, CALVIN KLEIN dan GAP. Era 90-an boleh dianggap sebagai zaman kegelapan bagi GUESS?Namun, menjelang era 2000, GUESS? bangkit kembali. Mereka mula memperkenalkan pakaian kanak-kanak dibawah label GUESS? Kids. Tahun 2005 pula menyaksikan pelancaran deretan haruman GUESS?. Tahun 2005 turut memperlihatkan koleksi tas tangan GUESS by Marciano yang menampilkan gaya vintage dengan suntikan hobo. Paris Hilton juga telah dilantik sebagai model produk itu dan GUESS telah mencipta tas tangan edisi istimewa untuk Paris Hilton (jelesnya saya!) dikenali sebagai Paris Hilton Handbags.Kini GUESS? menjadi jenama pilihan ramai anak remaja kerana harganya yang berpatutan serta rekaannya yang menawan. Saya sudah lama terpikat, bagaimana dengan anda??

No comments: