Tuesday, April 8, 2008

Sejarah Jenama Louis Vuitton(LV)

Kenapa ya terlalu ramai benar yang menyandang bangga beg Louis Vuitton? Siti Nurhaliza penyanyi tersohor negara memilih beg jenama itu untuk dipamerkan di atas dulang hantaran. Paris Hilton pewaris rangkaian Hotel Hilton seluruh dunia juga seringkali membimbit beg jenis tote berlambang LV ke majlis-majlis gala glamor. Louis Vuitton nyata menjadi jenama yang teramat sinonim dengan kehidupan glamor selebriti. Ianya juga dinobatkan sebagai jenama paling “ngetop” pilihan para VIP dan hartawan.Wanita-wanita biasa hanya mampu bermimpi di siang hari untuk memiliki beg LV. Jenamanya eksklusif. Harganya pula?? Bisa membuat anda yang sihat sejahtera diserang penyakit jantung! Mahal sungguh!Ironinya, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pada permulaan era beg LV, pengasasnya hanya memfokuskan kepada pembuatan bagasi pakaian sahaja. Bukannya tas tangan!Jenama terkenal Louis Vuitton mengambil nama sempena nama pengasasnya, Louis Vuitton. Beliau seorang warga kelahiran Perancis. Vuitton mula menjadi anak murid Monsieur Marechal seawal umurnya 13 tahun. Dalam usia setaraf minda pelajar tingkatan 1, Vuitton tekun mempelajari cara dan teknik membuat bagasi pakaian.Kesungguhannya mula membuahkan hasil bilamana Vuitton berjaya membuka kedai bagasinya yang pertama di Paris, tahun 1854. Rekaan bagasinya mendapat sambutan hangat seperti pisang panas sehinggakan Ratu Perancis ketika itu bernama Empress Eugénie juga menjadi pelanggan setia kedai Vuitton!Atas permintaan yang semakin memberangsangkan, Vuitton mula membuka kilang bagasinya sendiri pada tahun 1860. Vuitton semakin berani mengorak langkah dan membuka cawangan luar negaranya yang pertama di London.
Sejak itu LV mula dikenali sebagai jenama antarabangsa. Setelah 38 tahun berusaha membina nama dan empayar, Vuitton meninggal dunia ketika usianya 71 tahun. Empayar perniagaan kemudian diambil-alih oleh anaknya, Georges Vuitton.Sejurus selepas kematian Louis Vuitton, Georges mula memperkenalkan koleksi beg tangan jenama LV.Kini setelah 100 tahun berlalu, jenama LV masih gah di seluruh dunia. 100 tahun berlalu, nama LV semakin kukuh menjadi obsesi wanita hari ini. Termasuklah saya!

Sejarah Jenama Guess..

Sekali pandang, ianya lambang tanda soal. Dua kali pandang, ia adalah lambang jenama terkenal GUESS?. Anda suka jenama GUESS? Secara peribadi, saya teramat suka!! Sudah lima beg jenama GUESS? di dalam koleksi peribadi dan saya susah benar mahu berpaling kepada jenama lain.Terima kasih kepada empat beradik iaitu Georges, Paul, Armand dan Maurice Marciano kerana merekalah yang bertanggungjawab menjadi pelopor kepada jenama ini. Tidak seperti jenama LV yang sudah 100 tahun bertapak dalam dunia fesyen, GUESS? memulakan langkahnya pada tahun 1981. Namun usia semuda 23 tahun tidak membantutkan orakan langkah syarikat ini.GUESS? mensasarkan target pasarannya kepada golongan pertengahan. Harganya tidak semahal LV atau PRADA, tetapi kualiti serta rekaannya memang memukau. Memulakan pemasaran pada tahun 1981 dengan 24 pasang seluar jeans yang diberi nama “Marilyn”, ianya telah sold out dalam sekelip mata! Tidak hairanlah bilamana GUESS? dinobat sebagai syarikat No. 1 dalam pembuatan seluar jeans era 80-an!Sejak itu GUESS? mula menempa nama dalam dunia fesyen. Walaupun ditimpa kontroversi negatif pada sekitar tahun 90-an melibatkan kesatuan pekerjanya, pihak pengurusan cuba bertahan dan menyelesaikannya secara profesional. Pasaran GUESS? juga terpaksa bersaing hebat dengan jenana-jenama baru seperti DIESEL, CALVIN KLEIN dan GAP. Era 90-an boleh dianggap sebagai zaman kegelapan bagi GUESS?Namun, menjelang era 2000, GUESS? bangkit kembali. Mereka mula memperkenalkan pakaian kanak-kanak dibawah label GUESS? Kids. Tahun 2005 pula menyaksikan pelancaran deretan haruman GUESS?. Tahun 2005 turut memperlihatkan koleksi tas tangan GUESS by Marciano yang menampilkan gaya vintage dengan suntikan hobo. Paris Hilton juga telah dilantik sebagai model produk itu dan GUESS telah mencipta tas tangan edisi istimewa untuk Paris Hilton (jelesnya saya!) dikenali sebagai Paris Hilton Handbags.Kini GUESS? menjadi jenama pilihan ramai anak remaja kerana harganya yang berpatutan serta rekaannya yang menawan. Saya sudah lama terpikat, bagaimana dengan anda??

Sejarah Jenama..

~ Paris Hilton ~

Anak pewaris rangkaian Hotel Hilton ini teramatlah obses dengan haruman ciptaannya sendiri. Kalau boleh Paris memang mahu mengalahkan Jennifer Lopez dan Britney Spears yang terlebih dahulu memperkenalkan rangkaian jenama wangian mereka. Paris amat gemar wangian ciptaannya yang diberi nama Paris Hilton dan Just Me. Nampaknya Paris Hilton yang kaya-raya itu akan semakin melimpah-ruah kemewahannya kerana menurut statistik, wangian Paris Hilton amat digemari remaja diluar sana!

Sunday, April 6, 2008

Kawan Baik Saye..

hai..

nak tau x sape kwn baik najwa?

1. nurlisa emilia binti yuzmi

SYE DAH BLI BUKU AKU MAHU BULI..

hai korang!
najwa kembali lagi!
kali nie najwa akan memberi tahu kepada sume orang..
yang najwa dah bli buku aku mahu buli!(kecohlah pulak)
tu jer lah..........


Wasalam,
NajwaIzzti

Cerita Sikit:Sarah Dan Anting-anting

Sarah kembali lagi. Kalau dulu dia terlalu obses dengan kasut tumit tingginya. Tapi kali ini dia obses dengan anting-anting pula. Apa agaknya cerita Sarah kali ni....
“Sedia? Tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Bertenang....” Jururawat itu melebarkan senyumannya sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih melepak seputih pakaian seragamnya.
Tiba-tiba dia ketawa kecil dan semakin kuat ketawanya sehingga Sarah dapat melihat dengan jelas anak tekaknya. Jururawat itu terus ketawa sambil memegang cuping telinga Sarah. “Kali ini saya tindikkan cuping telingan kamu ini lebih besar dan lebih luas dari sebelumnya. Fesyen apa pun kamu boleh pakai. Jenis sangkut, jenis cucuk ataupun jenis gantung.”
Kata-katanya diikuti dengan gelak tawa yang berdekah-dekah. Matanya membulat merenung cuping telinga Sarah. Gerun Sarah mula di luar kawalan. Dia tidak mahu ditindik begitu!

NovelComel:Cinderella Di Aidilfitri

PERSIAPAN HARI RAYA

Baju kebaya tiga pasang √
Selendang untuk ke kubur dan masjid √
Beg tangan baru √
Kasut baru yang sangat cantik lagi vogue √

Dia tersenyum sampai nampak gusi bila sahaja melihat senarai persiapan hari raya semuanya serba sempurna. Baju-baju kebaya sudah siap digantung dalam almari. Selendang warna putih berlabuci itu pula boleh dipadankan dengan warna ketiga-tiga baju kebaya. Tapi itu semua tidak sehebat merenung lama kasut raya tahun ini. Kasut yang diperolehi dengan berkat usaha memujuk semanis mulut serta merayu sepenuh jiwa. Hampir satu bulan dia menabur kata-kata pujuk rayu. Segala penat lelah berjaya juga bilamana kasut idaman jenama GUESS by Marciano sudah sah jadi miliknya! Nanti bolehlah dia berbangga-bangga sampai kembang-kembang hidung depan ahli The Wannababes yang lain! Ah! Seronoknya raya kali ini!@@@@Diana merenung lama ke arah wajah ibunya, Puan Suraya. Mata pantang selang lima saat, akan menjeling tajam barang sekali dua. Tak cukup dengan itu, mulutnya muncung boleh disimpul jadi riben hadiah krismas. Wajah Diana benar-benar menunjukkan riak tak puas hati lagi memendam rasa sakit hati! “Mama…. adik tak mahu ikut!” Buat kali ke-dua puluh tujuh dia menyuarakan protes hatinya.Puan Suraya yang sedang membetul-betulkan selendang di hadapan cermin jadi terkaku seketika. Dia menjeling Diana daripada biasan imej cermin tersebut. “Adik jangan nak mengade-ngade! Mama kata ikut, ikut sajalah!”“Adik tetap tak mahu ikut. Petang ni ada siaran langsung konsert raya Akademi Fantasia! Please mama!” Diana mencuba nasib lagi memujuk. Diana memang sudah hafal benar dengan semua senarai rancangan program TV sempena raya tahun ini. Pukul 2.00 petang ada Chit Chat Istimewa Raya Azwan Ali. Itu salah satu rancangan kegemaran Diana. Pukul 4.00 petang pula ada konsert reunion khas Akademi Fantsasia. Semua pelajar dari musim pertama hingga musim kelima akan beraksi. Diana betul-betul tak mahu ketinggalan mellihat keletah Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan Mila. Semua johan pertandingan Akademi Fantasia dari musim pertama hingga musim ke lima akan beraksi. Lebih menggamatkan suasana, pengacara kekal AF iaitu Aznil Hj. Nawawi juga tak mahu kalah. Aznil sudah mengumumkan mahu menyanyikan dua lagu raya! Mesti ketawa tak kering gusi melihat telatah Aznil!Tetapi dalam banyak-banyak, Diana amat ternanti-nanti kemunculan Dafi yang sangat cute-mute. Diana memang gilakan Dafi sejak bermulanya musim kelima Akademi Fantasia. Malah Diana sering mengingatkan rakan-rakan The Wannababes yang lain supaya memanggilnya dengan nama gelaran baru iaitu ‘DiFi’ (gabungan nama Diana-Dafi). Menggedik sungguh! Diana juga mati-mati tak mahu dipanggil dengan gelaran biasanya iaitu ‘Di’ seperti kelaziman. Begitulah kroniknya minat dan angau Diana terhadap Dafi!Diana memang terlalu tertunggu-tunggu siaran khas ASTRO kali ini. Mulanya ingatkan dia dapat menonton dengan tenang kerana sejak mula takbir raya sampai ke tengahari, Diana akur dengan semua rencana aktiviti beraya bersama keluarga. Tetapi Diana bagai terkena serangan sakit jantung bila Puan Suraya membuat pengumuman mahu menyambung lagi lawatan beraya di rumah datuk dan nenek saudara pula pada sesi petang!“Adik….dengar cakap mama. Raya cuma setahun sekali. Inilah masanya nak melawat saudara-mara kita.” “Tapi mama…. konsert reunion AF pun setahun sekali!” Bibir Diana kelihatan setiap saat makin muncung ke hadapan...........